Tuesday, December 2, 2008

Red Alert... Kaboommmm!!!

I just received this information from my Head Of Department.. There is a circular by Chief Police Of Keningau to all people residing around.. So, I just retype all the details information to share with all of ya.. I hope this may helps to spread the info so that everyone who concern will beware of it..

HEBAHAN MEDIA

Makluman Awal Kejadian

Pada 17/11/2008, bertempat di Tapak Projek Perumahan TSB, Kg Luagan Baru, Keningau. Ketika kerja-kerja mengorek tanah sedang dijalankan. Pekerja binaan telah menemui satu objek yang disyaki bom. Setelah dirujuk, pihak Polis Diraja Malaysia mengesahkan penemuan sebutir bom lama tinggalan perang dunia kedua milik tentera British seberat 800 lbs, panjang 4 kaki, berukur lilit 4 kaki dan sekiranya bom tersebut meletup akan menyebabkan kemusnahan seluas 1.7 km persegi.

Tindakan Polis

Sehubungan itu, pihak polis bersama-sama agensi yang terlibat telah mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Perancangan Gerakan (Operational Planning Commitee) Arahan No.8 Pemusnahan Ordinan Letupan yenag telah dipengerusikan oleh YDH Pegawai Daerah Keningau pada 1 Disember 2008 dan memutuskan kerja-kerja pemusnahan bom tersebut di bawah pada 3hb November 2008 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga Pengistiharan Selamat oleh Ketua Polis Daerah Keningau. Tindakan pemusnahan tersebut akan dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah dibantu oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Tindakan Orang Awam

Sehubungan itu juga, kepada semua penduduk yang berhampiran dengan tapak pemusnahan bom iaitu di sekitar Kg. Luagan Baru dan Kg. Toboh Baru serta penduduk sekitar kawasan tersebut mengambil langkah seperti berikut:

a. Meninggalkan kediaman dan berada jauh sekurang-kurangnya 1.5 km dari tempat pemusnahan bom dijalankan. Penempatan sementara bagi penduduk setempat ialah di Dewan Masyarakat Keningau bermula jam 6.00 pagi pada 3 Disember 2008.
b. Rumah yang ditinggalkan hendaklah dibuka semua tingkap-tingkap bagi mengelakkan pecah akibat gegaran ketika letupan pemusnahan dijalankan.
c. Segala peralatan rumah seperti TV, komputer, barang-barang kaca dan sebagainya yang berada di tempat tinggi diletakkan di tempat selamat bagi mengelakkan jatuh akibat gegaran ketika letupan.

Penutupan Jalan Dan Pemotongan Sementara Bekalan Elektrik

Sehubungan dengan itu juga, pihak Polis akan menutup Jalan Keningau - Apin-Apin bermula dari Simpang Bingkor By Pass ke Simpang Jalan Pasir Puteh dan Simpang Empat Binaong ke Simpang Kota Ayangan dari jam 8.00 pagi sehingga Pengistiharan Selamat oleh Ketua Polis Daerah Keningau pada 3 Disember 2008. Laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Apin-Apin ke Bandar Keningau pada hari tersebut ialah melalui Jalan Bingkor By Pass ke Kg Keningau.

Segala lalulintas dan pemotongan sementara bekalan elektrik di sekitar taman-taman terlibat akan dilakukan sehingga selesai kerja-kerja pemusnahan dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di talian 087-332222/087-336310 bagi maklumat lanjut.
____________________________________________________

So tommorrow:

I have to wake up earlier as possible or else I will be stuck in a traffic jam as the road will be closed early..

Beware of any unexpected outcome.. The hospital is situated just in front of the construction site.. So if anything happen like the building collapse, I'm still be able to escape myself.. Hehehe..

So guys, please help spreading the news..

12 comments:

Gallivanter said...

Damn, sounds worrying and exciting at the same time!

cicak said...

Gila lah! Sa dgr tu bom busar tong dram. Btul ka?

No wonder more than 1km dia punya radius affected nih.

Bah careful la tu masa ah. Sa nasip jauh ni d sabarang sungai. O_o

Anonymous said...

bah, sepa2 di keningau bole ambil video ka? nnti bole post d yuotube. mo tingu jg ni

tajau said...

wah..2nd time suda tu klu btul2 d dpan hosp kgau... dlu prnah kna kasi letup thn 2003 klu sa nda silap.. durang jumpa 1 biji btul2 dpan hosp kgau ...

p/s mgkin dr kapal terbang(jipun)yg sama tu tau... hehe... ba hati2 kmu d sana...

FredDass said...

Gallivanter: Yupp.. Really scary huh.. But everything went well already.. Not as what I was expected it to become..

FredDass said...

cicak: Ba begitu la tu yang sa dingar.. Macam drum kunun besar dia..

Tapi dorg cakap x juga meletup tu tadi.. X aktif suda.. 3 kali lagi tu letupan..

FredDass said...

anonymous: Alahai, susah mau p dekat2 bah.. Banyak polis + RELA jaga sekeliling.. Even kami nampak dari jauh jak.. Tapi sa ada ambil gambar la.. Nanti sa post k..

FredDass said...

tajau: Ya ba.. Depan2 Hosp Keningau.. Sekarang tu depan spital kena kasi luas sua mau buat housing.. Tu yang dorang jumpa bom..
Ada tu pakar bom p scan lain tempat dorg estimate dalam 5 biji lagi dalam tanah..
Tapi yg kena kasi letup tadi x aktif sua..

p/s sa dingar dari org cakap2 jak ni info k..

Kadus_Mama said...

glad ok sudah..if not..punya scary..mesti banyak lagi bom tetanam sana keningau tu..sebab kalau ada satu..mesti ada lagi yang lain kan??

FredDass said...

Kadus_Mama: Tu la sa rasa mesti banyak lagi tu.. Sebab durang ckp tu tempat bekas markas tentera british dulu-dulu..

Acai said...

owhhh.. sa ada juga dengar pasal ini bom.. nda aktif rupanya.. masa kali pertama kena kasi letop bom di kawasan tu dolu.. begegar juga la bumbung rumah sa.. padahal kira jauh sket juga itu tempat letupan dari kampung sa.. huhu.. dasat2..

bebek said...

Nasib baik bukan bom atom atau bom posphorous.... bayangkan nak letupkan 1 biji bom - begitu banyak langkah berjaga2 yg dilakukan oleh pihak berkuasa... tapi cuba bayangkan penduduk palestin di semenanjung gaza khususnya wanita, warga emas dan kanak2, mereka digegarkan dengan ribuan letupan bom setiap hari sehinggalah gencatan senjata akhirnya dicapai antara hamas dan israel hasil usaha PBB dan negara lain dunia...........

oleh itu, perang dan pengunaan bom tidak membawa faedah untuk manusia...

sebab dalam perang, yang paling ramai terkorban adalah mereka yg tidak secara langsung terlibat dalam konflik itu, mereka yg tidak berdosa...

jalan paling baik ialah perbincangan dan perdamaian untuk mewujudkan situasi menang menang utk semua...

dalam hal ini, perlu wujudkan situasi win win untuk israel, hamas, palestin, fatah, PBB, US, Malaysia dan seluruh dunia...

Gong Xi Fa Chai...